ADUN Kemema Hadiri Program AgriCOP di RH Robin RO Teban, Ulu Labang
25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini24 Okt 2020 - Bintulu: Majlis Penangguhan Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 2020 di Rh Robin Ro Anak Amot, Teban Ulu, Labang anjuran Jabatan Pertanian Daerah Sebauh Bahagian Bintulu telah dirasmikan oleh Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom yang juga merupakan ADUN Kemena, hadir serta isteri Datin Sri Loretta Rundi.
Kursus pertanian moden penanaman durian Mousang King, taklimat teknologi penternakan kelulut, AgroMakanan, selama 2 hari ini yang diadakan pada 25 - 26 Oktober telah disertai oleh 150 orang peserta.
Dr Rundi menyeru penduduk disini agar terus bersatupadu dan memperkasakan tahap pendidikan dan menukar cara hidup dengan mengamalkan teknik pertanian cara baru bagi menambah pendapatan setiap isi rumah.
Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Dr Rundi memberikan sumbangan sebanyak RM15,000 untuk menyelenggara dan pembersihan kawasan perkuburan penduduk di sini yang akan dilakukan secara gotong-royong , RM50,000 kepada JKKK Rh Robin Ro dan RM30,000 kepada Biro Wanita Rh Robin Ro untuk membantu mereka menjalankan program-program komuniti seperti seminar dan sebagainya.
Hadir pada majlis wakil Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu En George Kana, Pegawai Daerah Sebauh En William Manggoi, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pn Jenny Bangga, Penghulu Banta Baong serta kakitangan kerajaan berkaitan yang lain.
Credit: N69newsflash™
#StaySafe
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: